• Home
  • Instagram
  • Facebook
  • Sarahah
Powered by Blogger.

سارة هنناني

Assalamualaikum wbt everyone! when was the last time I updated my blog?! IT WAS IN MAY. so I'm here to write my first trip with my friends, so here you go.

We decided to go to Ipoh sebab semua nak merasa naik ETS, (Huda je dah pernah naik) Trust me, trip Ipoh ni very impromptu and I'm glad it went well. oh well at least tiada sebarang kemalangan berlaku to any of us HAHAHA so where do I start? Nama pun impromptu so sangat last minute punya preparation ceh (we siap ada name lists tau nak ajak siapa sebab takut nanti awkward la apa)

Kepada yang masih tertanya-tanya macam mana Ammar, Harris and Abid boleh ikut, mereka dipilih berdasarkan kriteria yang kami mahu HAHAH over je padahal sebab Ammar dah tkde gang so dia ajak je Abid, lepas tu I told Abid suruh ajak Harris sebab the more the merrier. Fyi, kita orang semua yang pergi ni tak rapat pun with each other waktu kat maktab dulu except for me la, sebab aku memang neutral & I get along with people easily :') #pujidirisendiri

Hence, satu group whatsApp yang diberi nama; "PRE-BIRTHDAY SARAH - IPOH" telah ditubuhkan dengan hanya Ammar Furqan sahaja lelaki di dalam tu. Everything was planned through whatsApp only so bangga sikit dekat situ sebab semua gigih google what to do in Ipoh semua. and also, last minute jugak cakap nak one night because I wanted to stay for two nights HAHAH tapi atas persetujuan bersama so trip ni 2D 1N je. (Pergi Ipoh je, malam tu pishang sebab we went on weekdays. Salah percaturan di situ.) I was so excited since it was my first trip with my friends, so glad my parents gave green lights.

sebab siapa je tak duduk kat KL Sentral en?

We gathered at KL Sentral sebab senang en naik from there. Umairah and I arrived quite early sebab Huda cakap by 8 tapi melayu en so 8:15 baru semua ada, padahal ETS pukul 8:30. Since everyone travelled by LRT semua so we bought sandwiches for us all, kiranya breakfast dalam train la. (kena jimat cermat sebab nak spend banyak dekat Ipoh ceh)  Sarah Hannani dah start jakun waktu nak turun platform lagi. I've always wanted to try ETS, sebab nak acah feeling jumpa Kapten Mukhriz LOL.
Our seats were opposite so kiranya kita orang cam gerak ke belakang nasib tak muntah.

Disebabkan first time naik ETS kan so geng #triplayanSarah semua jakun, lagi-lagi Sarah Hannani HAHAHA. Mesti ramai bash kita orang tapi whatever.

We stopped at KTM Batu Gajah lepas tu en takde uber, nasib la survival skills kita orang ni semua hebat. Ammar was lucky sebab dia dapat uber, and we asked for taxi's number dekat counter KTM (sebab selalu amazing race buat cenggini en) We split into two groups sebab takde uberXL in Perak. From KTM Batu Gajah, we went straight to Kellie's Castle. Lepas tu kelakar sebab semua bawak bagpack je tau, aku bawak nak balik kampung seminggu. There were no people at Kellie's Castle, so it was kinda scary sebenarnya tapi kena maintain cool depan dorang HAHAHA.

Before we realised theres no uber around here.

From reviews semua, people usually spent around 1 hour je dekat Kellie's Castle tapi kita orang sampai 3 jam tau sebab bergambar and nak layan Sarah Hannani punya photoshoot. Below are some of the photos we took at Kellie's Castle;

sebenarnya gambar dekat sini je dekat 35 minutes tau tak, lepas tu dorang cakap "Sarah, dekat atas lagi lawa" so yeah. 

candid photos turned out to be so well, padahal what I asked was for them to pura-pura gelak, yang acah-acah pandang kiri kanan padahal takde benda kelakar. Ala, yang macam korang biasa buat. 


ni cover band apa pun tak tahu, #teambiru. 


Lighting on point la sis.

vividly remember, I told them to keluarkan kepala HAHAH.

lepas dah photoshoot semua sampai muka merah, then semua dah kepenatan. We needed uber nak pergi Ipoh tapi sayang, takde uber nearby ok so WE WERE STRANDED. Survival skills automatic ON. Trust me, kita orang siap call member sana sini yang duduk around Ipoh, then Syiqin, Ammar cari kereta sewa and stuff. Sarah buat apa? Ada la bantu sikit-sikit tapi sikit je la. Frankly speaking, if they weren't there, aku dah nangis dah nak balik KL jugak sebab gelabah tak tentu pasal. Tapi semua cam cool je, relax je asked me to stay calm.

So macam satu jam setengah jugak la duduk dekat cafe tu. Ammar dapat uber satu, and Syiqin called taxi, so lagi sekali, split into two. Dia cam acah-acah amazing race jugak la sebab Syiqin pergi dulu and they went to Ipoh by going to the right.

so they left me with Abid and Harris HAHA lepas tu kita orang cakap pasal kad matrix la lesen la apa yang semua muka cam bangla sambil tunggu taxi sampai. ok ni part kelakar, taxi kita orang went to opposite side from Syiqin punya uber tadi tau. Lepas tu Sarah Hannani gelabah tapi kena remain cool je, tetiba Abid cakap kat driver taxi tu; "Ipoh bukan lalu sana ke?" OK GUYS, KALAU KORANG FREAK OUT TAK? BECAUSE I DO. Dalam hati aku dah macam, jangan taxi ni culik kita orang dah la, this happened when you watched too much drama HAHA lepas tu aku yang kat belakang terus Google Maps betul ke tak, nasib betul :') Nak cerita yang dalam taxi semua dah penat sangat kot sebab semua diam, I don't like it when people diam je padahal ke Ipoh to around 20 minutes gak la. Sebab Sarah Hannani sangat friendly en, so aku la yang borak dengan dorang lepas tu Harris sampai tertidur sebab penat sangat layan aku.

So the girls semua dah check in hotel, then baru I joined sebab aku last team sampai HAHA. Sumpah penat weh, sampai hotel around 3pm macam tu lepas tu acah acah la 3:30 keluar balik ended up aku yang last siap. Then the real adventure began, we needed to eat, sebab dari pagi tak makan. Sadly, banyak gila kedai tutup. oh and we didn't use uber pun around Ipoh, we walked. Ye satu hari je berjalan sampai 5km (mungkin dah boleh cari balik kot kot ada kaki yang tertinggal kat Ipoh ke ok hambar)

Part kelakar bila semua nak lintas jalan besar and there was me ok, come on la aku memang tak reti lintas lepas tu nak lintas jalan besar apa semua pulak. Kita orang semua lari sambil jerit HAHAH tipu je, aku je yang jerit lain cam lek je, tak takut kena langgar kot blergh. I wish I could take photos of us running crossing the road tapi takpe nyawa lebih bermakna berbanding gambar lintas jalan kehkeh.
Then we had our FIRST MEAL somewhere near the padang dekat Ipoh tu, Huda and I ordered Cendol Durian yang sedap gila nak mati. Terkenang la pulak cendol tu hm mungkin kena pergi Ipoh balik ni #eh?

Dah makan semua en, dah ada tenaga ceh, then kita orang jalan pergi Birch Memorial Clock Tower tu. Surprisingly there were no people, kalau jalan pun memang tak ramai orang sangat or maybe it was on Monday. Birch Memorial Clock Tower je pun kita orang spent one hour jugak tau. Bergambar punya pasal. Kalau terkenang balik, kentalnya geng #triplayanSarah yang layan I tangkap gambar, kalau boleh nak semua je lawa ish you guys are the best, #terharu. Nah sedikit BTS and gambar lawa around there;


sorry Ammar, tapi gambar ni shows kegigihan yang sebenar kita semua.

all are taken except for me, so don't bother asking me their numbers ke apa, instead, please do ask for my number HAHAHAHAH #promotedirisendiri


clearly they didn't get the memo, all I asked was them to act weirdly but whatever guys.


one with the one who stole my heart since the first day we met back in 2014. 


ok tipu je, I am single. someone pls send this photo to Sir Shah HAHAH BYE.


Percintaan tiga segi yang tak berapa nak best tapi kamilah watak utama cerita Hero Seorang Cinderella versi A33 bye bash la aku sekarang.


since I don't post any of my selfies on ig anymore so nah satu hehe.

bergambar dekat sini je pun satu jam, bayangkan la dekat tempat lain jugak semua then we walked to Concubine Lane yang hanya beberapa meter dari sini, tipu cakap tak penat tapi Syiqin told me pasal being adventurous ni semua. Experience macam ni bukan senang nak dapat so ok kuatkan diri untuk berjalan demi menunaikan permintaan diri sendiri yang datang ke Ipoh untuk photoshoot versi bajet murah.

nampak tak tangan tu? gigih tau dorang semua ni, sebab tu sayang. 


Hi pretty! She's taken so too bad guys. Doakan dia jadi doctor tau lepas tu nanti boleh bukak hospital with Sarah Hannani and Huda yang in shaa Allah jadi pharmacist. #BFFLSarah


These two are cute. Geng PUM katanya. Abid yang sentiasa buat Sarah Hannani gelak ketawa waktu dekat maktab dulu and my good friend, Huda yang cantik letops gitu and her photos are amazing. This trip had brought us closer to each other. 


forced them to smile for the camera. These people sumpah antara yang penyabar dalam dunia. They are all singles actually. Kalau berminat boleh PM me on ig ok?



This one lagi la kuat tau jalan around Ipoh padahal she was sick. Kesian gila but love her. Boleh PM kalau berminat.


Dulu yang kiri tu boyfriend I, lepas tu I met Harris so I left him. #dramamurahan


Thank you Huda sayang for this beautiful photo. You are an amazing photographer.


Concubine Lane was closed that time so the alley was ours. 

then we walked back to the hotel because we needed to go back before Maghrib, it took almost 15 minutes jugak or more or less not sure.

gigih ok nak tangkap gmbr ni sebab kereta lalu lalang lepas tu kita orng pun lambat lari centu la. but we managed to get one shot after so many attempts. Thank you Marrr!


background lawa.

Lepas Maghrib baru kita orang pergi gerbang malam tapi time tu semua baru nak set up then we pergi chokodok reggae and again, it was closed. Then we walked straight to Ipoh Parade. Time ni malam pastu nak lintas so sangat adventure nasib tak kena langgar. :')

while everyone was busy searching for what to do in Ipoh at night, I was busy clearing my phone memory #sohelping

Night walk.

We went to Ipoh Parade, basically everything that we have in KL, semua ada dekat Ipoh Parade so cam I didn't buy anythng la kan. Before we went there, we actually survived crossing this jalan besar yang I would say, sangat besar sebab aku lari tak cukup nafas AHAHAHA. Then we stopped by at kedai RM 2, nasib baik ada air cond dekat situ, so I lepak there while waiting for Abid. Then, we went back to KFC in front of our hotel sebab nak discuss what to do for tomorrow & stuff, ok malam tu I was totally drained but they were still energetic, tak faham la aku. 

Sebab aku dah kepenatan yang teramat, we went to our hotel by uber! Finally they said yes for uber HAAHAH then dalam kereta only I realised how far I walked, rasa bangga sebab tak pernah la kita jalan jejauh cenggitu. Lagi-lagi bukan tempat yang kita familliar. 

I dah give up dengan dorang sebab we were having Add Maths class. Sis pening kepala.


Umairah stayed at the hotel sebab she was feeling under the weather. ni gambar lepas semua dah settle pasal duit and so on. We played Monopoly ok guys.


Till here for Day 1. Will update Day 2 soon! 


Disclaimer; Tiada pasangan bercinta dalam trip ni.

July 27, 2017 No comments
Have you ever been through this kind of situation when you work really hard for examination, but the outcome doesn't seem on your side?

I do. Sometimes.


Have you ever wondered why? I mean, obviously you''ll questioned WHY IS IT STILL B PADAHAL AKU DAH STUDY? Macam sia-sia je usaha all these while and such. Honey, let me tell you, that we should refrain ourselves from questioning God, why He doesn't answer your prayers. It. Is. Very. Unhealthy.


Have you ever heard of these sayings,




Those are some quotes that I keep close to my heart. If I don't get good results for my test ke apa, I'll look back to those quotes. I wasn't someone who put Allah first, and I've changed for better Alhamdulillah. It all began when I didn't get straight As for SPM, lepas tu dapat pulak course yang ke 10 out of 12 pilihan. That was my turning point, and I knew, I needed to be on the right track again.

Allah itu Maha Mengetahui, Ya Alim. Dia bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mintak. Mungkin rezeki bukan sekarang but who knows nanti rezeki lepas graduate? Senang dapat kerja ke so #staypositive. I don't know how I get so lucky, but I believe He makes it easy for me because He knows best. Tipu la cakap tak pernah rasa give up, rasa dah study, dah well prepared tapi masuk dewan macam tak pernah belajar apa-apa. Kita lupa satu benda, tawakkal.

Tawakkal is when you put your trust in Him, you leave everything to Him. Kita usaha sehabis baik lepas tu kita leave it to Allah, for me, itu makna tawakkal. Honestly, lepas keluar dewan for every single paper finals hari tu, satu paper pun takde yang confident akan dapat A. Dia tahu usaha kita macam mana, Dia tahu kita tak boleh jawab tapi kita selalu lupa yang Dia juga Maha Besar dan Maha Kuasa, He has all the power to change our answers kasi semua betul, anything can happen. Kenapa kena sedih kalau tak boleh jawab, kita kan dah usaha.

What do I see in most of my friends is we tend to think that success after hard work is a must. Benda tu tak salah, in fact betul sebab orang yang berusaha pasti akan berjaya.

Tapi,

Kenapa kena bergantung pada usaha walhal, pada Dia sahaja tempat kita bergantung. Ramai lupa this part including me. Contoh, kau yakin kau boleh jawab sebab kau dah study 2 minggu awal, setiap hari tanpa gagal ulang benda sama tapi result tetap biasa-biasa. Pernah terfikir kenapa? Sebab kita lupa Dia yang berhak bagi kejayaan, Dia juga yang berkuasa tarik kejayaan. Kalau Allah nak bagi, Dia bagi. Kalau Allah tak bagi maknanya bukan rezeki kita. Usaha la macam mana pun, in the end of the day yang menentukan kejayaan kita bukan usaha kita, tapi Allah.

Jangan samakan diri kita dengan orang lain sebab semua orang ada rezeki masing-masing. Yang penting kita usaha untuk jadi lebih baik. Sentiasa tarik rezeki dan rahmat Allah in shaa Allah kita akan berjaya.

Kejayaan boleh jadi ujian ataupun nikmat. As for me, what I have now is definitely ujian. Ingat senang ke nak jaga hati kita supaya tak riak dengan kejayaan kita, susah kot. Ingat senang ke bila tetiba rasa diri bagus dari orang lain. Berjaya ni susah sebab kita akan mudah lupa pada Dia yang bagi kita kejayaan.

Andai kata Allah bagi apa yang awak nak, pasti ke nanti in the future awak akan sentiasa bersyukur, guarantee ke nanti tak bangga diri bila orang mintak tolong itu dan ini, terasa diri bagus daripada yang lain. Pernah fikir all these things? Sebab benda ni semua yang I have to fight with, nak ajar diri jangan berlagak, jangan perasan bagus. It's not easy. Trust me.

Ustaz pernah cakap and I really loved it sampai tulis dalam buku, the saying sounds;

"Merasa diri lebih bagus daripada seseorang merupakan permulaan kepada segala kejahatan."

Kalau dah berjaya nanti, always stay humble. Apa yang Allah bagi ni bila-bila je Dia boleh tarik balik. Bersyukurlah. #notetoself

Sentiasa letak Dia yang paling atas dan kau takkan gagal dan kecewa. Busy mana pun, susah mana pun, kalau Dia paling atas, in shaa Allah Dia mudahkan. Kejayaan yang sebenar ialah bila kita bangkit dari sebuah kegagalan. Buck up and keep on fighting! I'll pray the best for you guys.

Doakan Sarah Hannani Binti Zainal Abidin akan terus tabah menjalani liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar dan doakan juga saya menjadi penerima Anugerah Naib Canselor UiTM Segamat, Johor.

p/s: Sarah Hannani feelingless sangat bila dapat result dia semalam. Ada lagi 3 sem untuk percubaan 4 rata. Doakan.

May 13, 2017 8 comments
Assalamualaikum wbt! How's your sem break so far? Mine macam biasa lepak, tidur, makan, drama. I hope everyone is enjoying your hols as we are going to start our new sem in less than few weeks.

Never thought that my results would be so good since Business Studies is not my choice, not my line. I am doing something that I don't like (UPU went wrong), but I promised to my parents that I would give my best for this course. Salam UiTM came into my mail with good news. Alhamdulillah and I hope everyone passed with flying colours.

Special thanks to my teachers (lecturers; teachers sound lagi nice and lovely.) Ms KD yang ajar subject paling critical dalam 7 subjects yang ada kesemuanya, which is Introduction to Financial Accounting & Reporting (ACC106) Bukan nak cakap apa tapi subject ni la paling lemah dan perlu ditolong sedari awal lagi. Surprisingly I got an A+ for this subject, Alhamdulillah syukur. Sejak awal sem lagi dah pulun dah account ni, tak tahu terus tanya, buat latihan setiap hari, doa sungguh-sungguh mintak kat Allah supaya mudahkan account. Teringat lagi yang I menangis buat account sebab tak faham and complicated, ye la I don't even have any basic in account, I budak pure science.

Secondly, subject CTU yang diajar oleh Ustazah Farhana yang sangat comel. Yang ni pun subject parah sebab carry marks ya ampun sikit nau. Sikit yang kau memang target B/B+ je tapi Allah cakap A maka jadinya A untuk finals. Alhamdulillah lagi. To be honest, CTU was hard. Sempat la jugak termenung fikir jawapan, berangan masa depan, lepas tu gelabah tak habis jawab but I managed to finish everything on time. Lepas tu keluar hall dengan perasaan yang duka & sedih sebab tak puas hati dengan jawapan yang hanya setaraf budak PMR. (zaman I PMR so let it be) Walaupun dah baca banyak kali yet still tak boleh jawab, I redha je la with CTU. Whatever it is, syukur Alhamdulillah mungkin berkat selalu tanya soalan dalam kelas Ustazah, selalu paling over nak present kat depan, selalu paling acah dalam segalanya. Mungkin ada keberkatan di mana-mana.

Next subject would be ELC. Hah nak cakap subject ni paling favourite sebab English. Lepas tu dapat pulak Sir Farid, a very cool person I must say. I enjoy being in his class sebab terasa sangat relax and chill je for 2 hours. Mybe because I like English. Sir Farid is only 24 years old ok, gap tak jauh sangat so boleh la nak cakap I boleh melawak dengan Sir. But weh korang, ni serious talk, my sir is so cool, we even watched movie during his class. I expected an A- for ELC lol sebab A macam tinggi sangat but Alhamdulillah an A for my favourite subject. Since he is leaving Segamat, I wish you the best of luck in your studies sir! May Allah grant whatever you wish for aamiin. Thank you for everything.

Business Math pulak, subject ni second favourite I lepas ELC. At first ingat Business Math ni setaraf Add Maths so cuak dah la sebab I memang tak minat Add Maths. Tipu. Tak pandai Add Maths to be exact. Tapi bila dah belajar senang je sebenarnya hehe (berlagak la pulak) Madam Nini pun ajar relax je walaupun banyak cancel class tapi sempat je cover semua. Subject ni pun A+ Alhamdulillah. Soalan finals hari tu super easy..bukan nak berlagak tapi majoriti pun cakap senang. Ramai je keluar awal termasuklah saya. No more maths after this, gonna miss you.

MGT 162 ni crucial subject jugak actually tapi sebab I love to read maka mudahlah. Madam J is so good I tell you so sesiapa yang dapat Madam J lepas ni, awak tersangatlah untung. I love her style of teaching, padu, tepat, ringkas semuanya. Tak bosan pun duduk dalam kelas dia, kena rajin catat apa she bagitahu in class, then you are ready for your tests & finals In Shaa Allah. Tapi subject ni bonus jugak for myself, sebab Kak Meera jual ada this module to me. Module tu tersangatlah bagus that made it so easy for me Alhamdulillah. For management ni, I akan sentiasa ulang-ulang baca supaya tak lupa. Kalau free ke rasa bersalah tak belajar maka mgt yang dicari untuk memenuhi masa yang terluang. Serious talk, management paling senang nak score dan paling senang nak fail. Tapi kalau dah ada knowledge yang cukup, soalan susah macam mana pun boleh jawab punya. I target-ed an A- for this subject tapi Alhamdulillah A untuk subject membaca ini.

Last but no least, TMC which stands for Mandarin. Ni la the only subject yang memisahkan Sarah Hannani dengan 4 flat. So close yet so far :-( Kalau awak yang dapat Ainol Laoshi for your Mandarin Class, awak sangatlah untung dan patut bersyukur. Ingat lagi first kelas dengan laoshi, mengigil aku dibuatnya. Awal-awal je laoshi garang, lama-lama you'll feel the loved. Homework tu tkyah cerita memang berlambak la tapi semua tu akan nampak hasilnya akhir sem nanti. Waktu ada test ke quiz ke, hah time tu nampak ada sebab kenapa kena tulis 12 kali setiap perkataan lepas tu hantar every Sunday. I enjoy learning Mandarin, at first I thought it would be so hard but Alhamdulillah berkat kerajinan I untuk belajar ceh over je, saya mampu mengatasinya. Nak cerita yang subject ni I target B+ JE OK, sebab carry marks hancur tersasar jauh, 31/45 uolls. Tapi Allah tu Maha Besar, masih kategori A tapi adik A je la, A-. Tapi takpe anggap je takde rezeki. and I got an A for Civil Defence. Tak sia-sia I join kawad kaki ok.

so pointer first sem Sarah Hannani ialah 3.96. syukur, syukur Alhamdulillah. #enroutetoANC. Ni je first and last time tunjuk pointer, lepas ni agak-agak je la eh. 



DO YOU WANT TO KNOW HOW I STUDY?! 
Disebabkan I promised to myself yang I would share with everyone apa yang I buat throughout this one sem, so here you go. (Walaupun ramai je 4 flat tapi I nak share gak sebab who knows you can implement in your life as well, ni sekadar perkongsian je eh. Tak suka, tak puas hati tkpe)

1. Solat Dhuha
Ni perkara paling basic sebab sebagai student, kita mesti nak apa yang diajar oleh para guru mudah serap masuk semua. Dhuha tu kan kunci rezeki, sebab mungkin kita tak faham sekarang tapi percayalah mungkin Allah bagi faham few days before nak finals. Lepas tu yng I percaya rezeki Allah tak pernah putus-putus upon me ialah tests & quizzes sepanjang sem semua A. Jujur cakap, satu test je yang aku confident boleh dapat A which was Test 1 MAT. Yang lain semua tawakkal je tapi usaha dulu la yang pasti. Solat dhuha is so beautiful. Dalam maksud doa dhuha itself pun ada mention:

                            andai sukar maka permudahkanlah, andai jauh maka dekatkanlah

Everytime lepas solat dhuha, I would stress kan dekat part tu & mintak dekat Allah supaya apa yang susah nau nak faham, dipermudahkan. Apa yang tak faham maka Engkau fahamkan. Boleh je add whatever you want in your duas, mintak je. Allah Maha Mendengar, Dia pasti makbulkan. Maybe test tak gempak tapi who knows Allah bg time finals kan. Usually kalau class start at 10 sempat la I dhuha dulu before ke kelas, tapi kalau kelas habis at 12. Memang gelabah ye lari ke bilik untuk dhuha dulu sebab I believe yang solat dhuha ni bagi rezeki kepada kita. In shaa Allah. Dah baca ni mesti you guys be like; alah schedule kau tak pack cam aku boleh la cerita. Ye diploma ni lek sikit tapi kita ada alternative lain ok! ;)

2. Al-Waqiah
Sebenarnya I pun baru start baca Al-Waqiah lepas Subuh, ni pun lepas Dania Kamal Aryf (my junior in TGB) shared some tips apa dia buat waktu SPMRSM, she is now battling with SPM so do pray for her as well ok? She told me yang surah Al-Waqiah ni menghindarkan kita daripada kemiskinan. Dulu pernah la dengar pasal kelebihan surah al-Waqiah ni semua tapi manusia en masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Maka bermulanya, rutin baru dalam hidup Sarah Hannani; lepas Subuh je baca al-Waqiah. Ala setakat 2 helai je takdenya penat. Before I implemented this new lifestyle, I used to read al-Quran lepas Subuh sebabnya nak elakkan tidur lepas Subuh. Mula-mula tu parah la jugak tapi kena kuat ah lawan nafsu nak tidur so kalau Sarah Hannani tidur lepas Subuh maknanya dia terlalu mengantuk dan penat yang memang tak boleh ditolong. I pun manusia, pernah je terbabas Subuh apa semua. Conclusionnya, bacala al-Waqiah. Kalau tak nak baca lepas Subuh pun takpe, lepas Asar also can or anytime you want. Percayalah, in shaa Allah, dengan izin Allah, kita akan dapat kesenangan & kemewahan.

3. Tidur awal
I tak pernah stay up langsung untuk belajar. ye ulang sekali lagi, TAK PERNAH STAY UP ye. Saje nak acah sampai highlights warna merah. Sepanjang satu sem ni, memang tak pernah la stay up nak belajar, kalau stay up pun buat assignment. Kita memang kena study hard tapi tak payah la sampai stay up 3-4 pagi, so tidur awal. I ni sejenis yang around 11 je dah kena tidur so by 11 I'll make sure yang my phone dah habis battery supaya bagi dia rest (kesiankan phone awak-awak semua, seharian berkhidmat, dia juga memerlukan rehat) At first memang susah tapi lek je, lama-lama biasa la. Tidur awal then bangun la around 5:30 ke. Dah solat Subuh, baca al-Quran then study la sikit pagi tu. Setakat 10 minit baca tak ruginya. Then siap-siap la anda semua ke kelas. Tapi time finals hari tu tetiba pulak Sarah Hannani boleh bangun pagi around 4, jangan bangun sendiri, bangun dengan kakak roommate ok? Rutin ini dilakukan bersama Kak Meera tercinta, peneman ambik wudu' pada pukul 4 pagi. Sebelum belajar, solat tahajjud dulu. In shaa Allah apa yang kita belajar mudah ingat. Cukup tidur berserta udara di Segamat yang menyegarkan maka anda dapat belajar dengan tenang dan aman. Best part ialah apa yang diajar oleh para guru, kita akan senang faham sebab kita dah dapat rest yang secukupnya so badan tak penat.

4. Doa sebelum belajar
I don't know how was your school punya style, but mine, we were taught to recite prayers before teachers proceed with their teachings. Until now, I bawak habit tu. Before my lecturers memulakan sesi kuliah, ceh kuliah kau. I would baca surah al-insyirah. Time baca doa tu mintak sungguh-sungguh kat Allah, permudahkan segala yang susah & fahamkan apa yang tak faham. Niat dalam hati waktu ayat ke-5 dan ke-6;



5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

If nak baca doa belajar pun ok je actually tapi I lagi prefer baca al-Insyirah sebab it is one of my fav surahs. Lepastu dalam kelas focus, sebab apa yang guru kita ajar, benda tu yang akan keluar exam. Catat je apa yng guru-guru cakap, sebab kalau lupa, at least dah ada notes so takde nak gelabah kahkah. In shaa Allah, niat yang baik dan betul, Allah pasti permudahkan so don't worry. ;)

5. Berjaya sama-sama (ni saje je nak add, ni hanya opinion saya je)

Yang ni penting ye, kita nak berjaya jangan sorang-sorang. Heret kawan sekali so nanti bila dapat results semua happy go lucky je. I'm tht type yang tak lokek ilmu, kalau orang tak faham I suka tolong, I love to teach. Tapi dah kalau aku tanya ok tak, tapi cakap ok hakikatnya takpun, sis tak boleh tolong ah. Tak nampak bodoh pun kalau bertanya, in fact, aku ni paling banyak bertanya lagi-lagi account. Mati classmates aku nak jawab HHAHAH sorry guys! Conclusionnya, janganlah tinggal kawan, berjaya kena sama-sama nanti awak sorang je pointer tinggi melambung, kau nak celebrate dengan siapa?! Loner betul.

The idioms "Experience is the best teacher" suits me a lot, as I learned a lot from my past. TGB taught me a lot, tak kira la dalam study ke, belajar ke semuanya senang cakap tapi mainly study. Kalau tak masuk TGB, tak tahu mcam mana sistem pointer ni fungsi, mesti first sem ni main-main punya. Back in MRSM days, I was never a scorer, 3.5 pun tak lepas ok. so when I came to Segamat, the first thing I told myself was; "Aku takkan ulang lagi apa yang aku buat silap dulu dekat TGB." and Alhamdulillah, rezeki is on my side this time. Sebenarnya tak ada jalan mudah pun nak berjaya, semuanya kena usaha and istiqamah belajar. Ainol Laoshi once said in class; "Kalau nak berjaya kena istiqamah belajar", Mind set pun penting gak, I don't like business tapi I fikir positive je, walaupun susah mana pun topic tu, kita cool je. Kalau rasa susah maka susahlah, kalau fikir senang, senang la. #staypositive.

OK JANJI YANG INI LAST,

I would like to say thank you especially to my kakak roommates, Kak Ameera yang dah banyak tolong I dalam account, dia ni course Banking sebab takde rezeki nak buat Accountancy. Maka ditakdirkan kami untuk satu bilik, dan diturunkan segala ilmu perakaunan waktu zaman sekolah kepada Sarah Hannani yang totally zero dalam account. Kak Meer la tempat I bertanya berbagai soalan yang rumit, ni first sifu I. Sungguh, she's so nice. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Kak Meer sebab dah banyak tolong Sarah yang gedik mengada ni. Semoga Allah makbulkan whatever you wish in life In shaa Allah aamiin. Next, Kak Jiha yang banyak tolong I dalam MAT. Kertas-kertas tu semua amat berguna dan sangat memudahkan segala sesi latihan MAT Sarah Hannani. My prayers are always with you, semoga dipermudahkan segalanya, dapat pointer yang hebat setimpal dengan usaha Kak Jiha. and Kak Kinah, I love you. I'm glad that I met you. Stay cool as always. Terima kasih sebab sudi layan kerenah mengada Sarah Hannani. May Allah ease everything for you Kak Kinah, lagi-lagi bab jodoh #eh.

To my close friends, Razuin Roweena, thank you babe for staying by my side since first day lagi. I promise weh in shaa Allah kita ANC together, to another four semesters! Moga tak mati nak layan cerita I, dengan keranah aku yang annoying dan kuat gelabah ni. Congratulations for your results. I am so proud of you. Memain pun, layan boyfriend pun still result gempak bak hang. Awak memang genius ke apa. Lepas ni second sem punya study week nak pergi mana eh? 

Hanisah Norazam, even though kita baru je rapat but you are a nice person. I love being around with you as you always layankan je si Sarah Hannani. Congrats to you too for getting good results! Your results are good enough despite your course yang susah. In shaa Allah next sem lagi gempak punya aamiin. Next sem punya study week nak pergi mana eh? HAHAH TAK SIA-SIA WEH KITA TAK BALIK STUDY WEEK (+Weena)

Okay sifu-sifu, mentor-mentor account yang seterusnya, Azua Mr Pres KASWARA & rakan baiknya Hairee Fitri, yang banyak membantu saya dalam account. Sangat-sangat terhutang budi. Ingat lagi malam tu study kat PTDI, they told us (Weena & I) to get an A+  for account, but we told them, "Susah do. Dapat B+ je pun aku bersyukur" Weena and I even targeted pass je for account hahaha. well I guess they knw how we worked hard for account, so yeap ACC106 A+. Alhamdulillah. Serious talk, kalau tkde dorang ni hancur gak la account. Semoga Allah permudahakan segala urusan for you guys in shaa Allah.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga UiTM yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, awak dapat 3 pointer pun dah cukup bagus dan pandai. Tapi sejujurnya, what I got today, semua rezeki Allah. Mungkin ye usaha gigih saya jugak, tapi tetap rezeki daripada Allah. Alhamdulillah. Saya masih lagi part 1, mungkin some of you akan cakap ala awal-awal boleh ah cakap senang but yknw Sir Farid once told me; "You have to score for your first sem as it gets harder later on." 

Akhirnya, doakan Sarah Hannani agar istiqamah dan diberikan kemudahan dalam pelajaran. Jauh lagi perjalanan I nak grad diploma ni :p Thanks for spending your time to read my entry. Semoga Allah memudahkan segala urusan awak-awak semua yang masih belajar in shaa Allah aamiin.
November 16, 2016 8 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me



an old soul who lives in the 21st century. A place that I look to express what I feel and also my endless thoughts. I write more than 140 words and I share my stories in details so that if I miss those little moments I had, I can always read them again.

My Personal Favourite

doing what you love vs doing what you good at

Labels

2017 4 rata Al-Quran Anak Merdeka Bukit Jalil Business Student Espoletta Firefly Friends Good friends Ipoh Ipoh Trip Jabatan Penerangan Negeri Johor JPAM KL2017 Kuala Lumpur 2017 Love MCO Note To Self Part Time Passion PERKAD Pewaris Muda Kebangsaan Pewaris Muda Negara PM18 Poetry Ramadhan Diaries Ramadhan Kareem Salam UiTM Sayangi Malaysiaku Sea Games 2017 Sea Games 29th Edition Segamat Subang Airport Thoughts Trip Tulisan Sarah UiTM Segamat Uni Life Working Student Writing

Blog Archive

  • ▼  2020 (4)
    • ▼  April (1)
      • Procrastination: I'm A Sloth
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  July (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)

Created with by ThemeXpose