Pengalaman yang dulu mematangkan seseorang

by - November 16, 2016

Assalamualaikum wbt! How's your sem break so far? Mine macam biasa lepak, tidur, makan, drama. I hope everyone is enjoying your hols as we are going to start our new sem in less than few weeks.

Never thought that my results would be so good since Business Studies is not my choice, not my line. I am doing something that I don't like (UPU went wrong), but I promised to my parents that I would give my best for this course. Salam UiTM came into my mail with good news. Alhamdulillah and I hope everyone passed with flying colours.

Special thanks to my teachers (lecturers; teachers sound lagi nice and lovely.) Ms KD yang ajar subject paling critical dalam 7 subjects yang ada kesemuanya, which is Introduction to Financial Accounting & Reporting (ACC106) Bukan nak cakap apa tapi subject ni la paling lemah dan perlu ditolong sedari awal lagi. Surprisingly I got an A+ for this subject, Alhamdulillah syukur. Sejak awal sem lagi dah pulun dah account ni, tak tahu terus tanya, buat latihan setiap hari, doa sungguh-sungguh mintak kat Allah supaya mudahkan account. Teringat lagi yang I menangis buat account sebab tak faham and complicated, ye la I don't even have any basic in account, I budak pure science.

Secondly, subject CTU yang diajar oleh Ustazah Farhana yang sangat comel. Yang ni pun subject parah sebab carry marks ya ampun sikit nau. Sikit yang kau memang target B/B+ je tapi Allah cakap A maka jadinya A untuk finals. Alhamdulillah lagi. To be honest, CTU was hard. Sempat la jugak termenung fikir jawapan, berangan masa depan, lepas tu gelabah tak habis jawab but I managed to finish everything on time. Lepas tu keluar hall dengan perasaan yang duka & sedih sebab tak puas hati dengan jawapan yang hanya setaraf budak PMR. (zaman I PMR so let it be) Walaupun dah baca banyak kali yet still tak boleh jawab, I redha je la with CTU. Whatever it is, syukur Alhamdulillah mungkin berkat selalu tanya soalan dalam kelas Ustazah, selalu paling over nak present kat depan, selalu paling acah dalam segalanya. Mungkin ada keberkatan di mana-mana.

Next subject would be ELC. Hah nak cakap subject ni paling favourite sebab English. Lepas tu dapat pulak Sir Farid, a very cool person I must say. I enjoy being in his class sebab terasa sangat relax and chill je for 2 hours. Mybe because I like English. Sir Farid is only 24 years old ok, gap tak jauh sangat so boleh la nak cakap I boleh melawak dengan Sir. But weh korang, ni serious talk, my sir is so cool, we even watched movie during his class. I expected an A- for ELC lol sebab A macam tinggi sangat but Alhamdulillah an A for my favourite subject. Since he is leaving Segamat, I wish you the best of luck in your studies sir! May Allah grant whatever you wish for aamiin. Thank you for everything.

Business Math pulak, subject ni second favourite I lepas ELC. At first ingat Business Math ni setaraf Add Maths so cuak dah la sebab I memang tak minat Add Maths. Tipu. Tak pandai Add Maths to be exact. Tapi bila dah belajar senang je sebenarnya hehe (berlagak la pulak) Madam Nini pun ajar relax je walaupun banyak cancel class tapi sempat je cover semua. Subject ni pun A+ Alhamdulillah. Soalan finals hari tu super easy..bukan nak berlagak tapi majoriti pun cakap senang. Ramai je keluar awal termasuklah saya. No more maths after this, gonna miss you.

MGT 162 ni crucial subject jugak actually tapi sebab I love to read maka mudahlah. Madam J is so good I tell you so sesiapa yang dapat Madam J lepas ni, awak tersangatlah untung. I love her style of teaching, padu, tepat, ringkas semuanya. Tak bosan pun duduk dalam kelas dia, kena rajin catat apa she bagitahu in class, then you are ready for your tests & finals In Shaa Allah. Tapi subject ni bonus jugak for myself, sebab Kak Meera jual ada this module to me. Module tu tersangatlah bagus that made it so easy for me Alhamdulillah. For management ni, I akan sentiasa ulang-ulang baca supaya tak lupa. Kalau free ke rasa bersalah tak belajar maka mgt yang dicari untuk memenuhi masa yang terluang. Serious talk, management paling senang nak score dan paling senang nak fail. Tapi kalau dah ada knowledge yang cukup, soalan susah macam mana pun boleh jawab punya. I target-ed an A- for this subject tapi Alhamdulillah A untuk subject membaca ini.

Last but no least, TMC which stands for Mandarin. Ni la the only subject yang memisahkan Sarah Hannani dengan 4 flat. So close yet so far :-( Kalau awak yang dapat Ainol Laoshi for your Mandarin Class, awak sangatlah untung dan patut bersyukur. Ingat lagi first kelas dengan laoshi, mengigil aku dibuatnya. Awal-awal je laoshi garang, lama-lama you'll feel the loved. Homework tu tkyah cerita memang berlambak la tapi semua tu akan nampak hasilnya akhir sem nanti. Waktu ada test ke quiz ke, hah time tu nampak ada sebab kenapa kena tulis 12 kali setiap perkataan lepas tu hantar every Sunday. I enjoy learning Mandarin, at first I thought it would be so hard but Alhamdulillah berkat kerajinan I untuk belajar ceh over je, saya mampu mengatasinya. Nak cerita yang subject ni I target B+ JE OK, sebab carry marks hancur tersasar jauh, 31/45 uolls. Tapi Allah tu Maha Besar, masih kategori A tapi adik A je la, A-. Tapi takpe anggap je takde rezeki. and I got an A for Civil Defence. Tak sia-sia I join kawad kaki ok.

so pointer first sem Sarah Hannani ialah 3.96. syukur, syukur Alhamdulillah. #enroutetoANC. Ni je first and last time tunjuk pointer, lepas ni agak-agak je la eh. 



DO YOU WANT TO KNOW HOW I STUDY?! 
Disebabkan I promised to myself yang I would share with everyone apa yang I buat throughout this one sem, so here you go. (Walaupun ramai je 4 flat tapi I nak share gak sebab who knows you can implement in your life as well, ni sekadar perkongsian je eh. Tak suka, tak puas hati tkpe)

1. Solat Dhuha
Ni perkara paling basic sebab sebagai student, kita mesti nak apa yang diajar oleh para guru mudah serap masuk semua. Dhuha tu kan kunci rezeki, sebab mungkin kita tak faham sekarang tapi percayalah mungkin Allah bagi faham few days before nak finals. Lepas tu yng I percaya rezeki Allah tak pernah putus-putus upon me ialah tests & quizzes sepanjang sem semua A. Jujur cakap, satu test je yang aku confident boleh dapat A which was Test 1 MAT. Yang lain semua tawakkal je tapi usaha dulu la yang pasti. Solat dhuha is so beautiful. Dalam maksud doa dhuha itself pun ada mention:

                            andai sukar maka permudahkanlah, andai jauh maka dekatkanlah

Everytime lepas solat dhuha, I would stress kan dekat part tu & mintak dekat Allah supaya apa yang susah nau nak faham, dipermudahkan. Apa yang tak faham maka Engkau fahamkan. Boleh je add whatever you want in your duas, mintak je. Allah Maha Mendengar, Dia pasti makbulkan. Maybe test tak gempak tapi who knows Allah bg time finals kan. Usually kalau class start at 10 sempat la I dhuha dulu before ke kelas, tapi kalau kelas habis at 12. Memang gelabah ye lari ke bilik untuk dhuha dulu sebab I believe yang solat dhuha ni bagi rezeki kepada kita. In shaa Allah. Dah baca ni mesti you guys be like; alah schedule kau tak pack cam aku boleh la cerita. Ye diploma ni lek sikit tapi kita ada alternative lain ok! ;)

2. Al-Waqiah
Sebenarnya I pun baru start baca Al-Waqiah lepas Subuh, ni pun lepas Dania Kamal Aryf (my junior in TGB) shared some tips apa dia buat waktu SPMRSM, she is now battling with SPM so do pray for her as well ok? She told me yang surah Al-Waqiah ni menghindarkan kita daripada kemiskinan. Dulu pernah la dengar pasal kelebihan surah al-Waqiah ni semua tapi manusia en masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Maka bermulanya, rutin baru dalam hidup Sarah Hannani; lepas Subuh je baca al-Waqiah. Ala setakat 2 helai je takdenya penat. Before I implemented this new lifestyle, I used to read al-Quran lepas Subuh sebabnya nak elakkan tidur lepas Subuh. Mula-mula tu parah la jugak tapi kena kuat ah lawan nafsu nak tidur so kalau Sarah Hannani tidur lepas Subuh maknanya dia terlalu mengantuk dan penat yang memang tak boleh ditolong. I pun manusia, pernah je terbabas Subuh apa semua. Conclusionnya, bacala al-Waqiah. Kalau tak nak baca lepas Subuh pun takpe, lepas Asar also can or anytime you want. Percayalah, in shaa Allah, dengan izin Allah, kita akan dapat kesenangan & kemewahan.

3. Tidur awal
I tak pernah stay up langsung untuk belajar. ye ulang sekali lagi, TAK PERNAH STAY UP ye. Saje nak acah sampai highlights warna merah. Sepanjang satu sem ni, memang tak pernah la stay up nak belajar, kalau stay up pun buat assignment. Kita memang kena study hard tapi tak payah la sampai stay up 3-4 pagi, so tidur awal. I ni sejenis yang around 11 je dah kena tidur so by 11 I'll make sure yang my phone dah habis battery supaya bagi dia rest (kesiankan phone awak-awak semua, seharian berkhidmat, dia juga memerlukan rehat) At first memang susah tapi lek je, lama-lama biasa la. Tidur awal then bangun la around 5:30 ke. Dah solat Subuh, baca al-Quran then study la sikit pagi tu. Setakat 10 minit baca tak ruginya. Then siap-siap la anda semua ke kelas. Tapi time finals hari tu tetiba pulak Sarah Hannani boleh bangun pagi around 4, jangan bangun sendiri, bangun dengan kakak roommate ok? Rutin ini dilakukan bersama Kak Meera tercinta, peneman ambik wudu' pada pukul 4 pagi. Sebelum belajar, solat tahajjud dulu. In shaa Allah apa yang kita belajar mudah ingat. Cukup tidur berserta udara di Segamat yang menyegarkan maka anda dapat belajar dengan tenang dan aman. Best part ialah apa yang diajar oleh para guru, kita akan senang faham sebab kita dah dapat rest yang secukupnya so badan tak penat.

4. Doa sebelum belajar
I don't know how was your school punya style, but mine, we were taught to recite prayers before teachers proceed with their teachings. Until now, I bawak habit tu. Before my lecturers memulakan sesi kuliah, ceh kuliah kau. I would baca surah al-insyirah. Time baca doa tu mintak sungguh-sungguh kat Allah, permudahkan segala yang susah & fahamkan apa yang tak faham. Niat dalam hati waktu ayat ke-5 dan ke-6;



5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

If nak baca doa belajar pun ok je actually tapi I lagi prefer baca al-Insyirah sebab it is one of my fav surahs. Lepastu dalam kelas focus, sebab apa yang guru kita ajar, benda tu yang akan keluar exam. Catat je apa yng guru-guru cakap, sebab kalau lupa, at least dah ada notes so takde nak gelabah kahkah. In shaa Allah, niat yang baik dan betul, Allah pasti permudahkan so don't worry. ;)

5. Berjaya sama-sama (ni saje je nak add, ni hanya opinion saya je)

Yang ni penting ye, kita nak berjaya jangan sorang-sorang. Heret kawan sekali so nanti bila dapat results semua happy go lucky je. I'm tht type yang tak lokek ilmu, kalau orang tak faham I suka tolong, I love to teach. Tapi dah kalau aku tanya ok tak, tapi cakap ok hakikatnya takpun, sis tak boleh tolong ah. Tak nampak bodoh pun kalau bertanya, in fact, aku ni paling banyak bertanya lagi-lagi account. Mati classmates aku nak jawab HHAHAH sorry guys! Conclusionnya, janganlah tinggal kawan, berjaya kena sama-sama nanti awak sorang je pointer tinggi melambung, kau nak celebrate dengan siapa?! Loner betul.

The idioms "Experience is the best teacher" suits me a lot, as I learned a lot from my past. TGB taught me a lot, tak kira la dalam study ke, belajar ke semuanya senang cakap tapi mainly study. Kalau tak masuk TGB, tak tahu mcam mana sistem pointer ni fungsi, mesti first sem ni main-main punya. Back in MRSM days, I was never a scorer, 3.5 pun tak lepas ok. so when I came to Segamat, the first thing I told myself was; "Aku takkan ulang lagi apa yang aku buat silap dulu dekat TGB." and Alhamdulillah, rezeki is on my side this time. Sebenarnya tak ada jalan mudah pun nak berjaya, semuanya kena usaha and istiqamah belajar. Ainol Laoshi once said in class; "Kalau nak berjaya kena istiqamah belajar", Mind set pun penting gak, I don't like business tapi I fikir positive je, walaupun susah mana pun topic tu, kita cool je. Kalau rasa susah maka susahlah, kalau fikir senang, senang la. #staypositive.

OK JANJI YANG INI LAST,

I would like to say thank you especially to my kakak roommates, Kak Ameera yang dah banyak tolong I dalam account, dia ni course Banking sebab takde rezeki nak buat Accountancy. Maka ditakdirkan kami untuk satu bilik, dan diturunkan segala ilmu perakaunan waktu zaman sekolah kepada Sarah Hannani yang totally zero dalam account. Kak Meer la tempat I bertanya berbagai soalan yang rumit, ni first sifu I. Sungguh, she's so nice. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Kak Meer sebab dah banyak tolong Sarah yang gedik mengada ni. Semoga Allah makbulkan whatever you wish in life In shaa Allah aamiin. Next, Kak Jiha yang banyak tolong I dalam MAT. Kertas-kertas tu semua amat berguna dan sangat memudahkan segala sesi latihan MAT Sarah Hannani. My prayers are always with you, semoga dipermudahkan segalanya, dapat pointer yang hebat setimpal dengan usaha Kak Jiha. and Kak Kinah, I love you. I'm glad that I met you. Stay cool as always. Terima kasih sebab sudi layan kerenah mengada Sarah Hannani. May Allah ease everything for you Kak Kinah, lagi-lagi bab jodoh #eh.

To my close friends, Razuin Roweena, thank you babe for staying by my side since first day lagi. I promise weh in shaa Allah kita ANC together, to another four semesters! Moga tak mati nak layan cerita I, dengan keranah aku yang annoying dan kuat gelabah ni. Congratulations for your results. I am so proud of you. Memain pun, layan boyfriend pun still result gempak bak hang. Awak memang genius ke apa. Lepas ni second sem punya study week nak pergi mana eh? 

Hanisah Norazam, even though kita baru je rapat but you are a nice person. I love being around with you as you always layankan je si Sarah Hannani. Congrats to you too for getting good results! Your results are good enough despite your course yang susah. In shaa Allah next sem lagi gempak punya aamiin. Next sem punya study week nak pergi mana eh? HAHAH TAK SIA-SIA WEH KITA TAK BALIK STUDY WEEK (+Weena)

Okay sifu-sifu, mentor-mentor account yang seterusnya, Azua Mr Pres KASWARA & rakan baiknya Hairee Fitri, yang banyak membantu saya dalam account. Sangat-sangat terhutang budi. Ingat lagi malam tu study kat PTDI, they told us (Weena & I) to get an A+  for account, but we told them, "Susah do. Dapat B+ je pun aku bersyukur" Weena and I even targeted pass je for account hahaha. well I guess they knw how we worked hard for account, so yeap ACC106 A+. Alhamdulillah. Serious talk, kalau tkde dorang ni hancur gak la account. Semoga Allah permudahakan segala urusan for you guys in shaa Allah.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga UiTM yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, awak dapat 3 pointer pun dah cukup bagus dan pandai. Tapi sejujurnya, what I got today, semua rezeki Allah. Mungkin ye usaha gigih saya jugak, tapi tetap rezeki daripada Allah. Alhamdulillah. Saya masih lagi part 1, mungkin some of you akan cakap ala awal-awal boleh ah cakap senang but yknw Sir Farid once told me; "You have to score for your first sem as it gets harder later on." 

Akhirnya, doakan Sarah Hannani agar istiqamah dan diberikan kemudahan dalam pelajaran. Jauh lagi perjalanan I nak grad diploma ni :p Thanks for spending your time to read my entry. Semoga Allah memudahkan segala urusan awak-awak semua yang masih belajar in shaa Allah aamiin.

You May Also Like

8 comments

  1. Kak Sarah,to begin with,you may not know me
    but actually i'm your junior @ TGB.
    I'm in dilemma whether I'm able to carry actuarial science if I take the course . Like seriously,you know both of us take pure science and idk if actuarial science works for me. I am not so brainy like you :( I think I can do it if I put my heart in it but still the question 'Do you REALLY can do it?' lingers in my mind. What do you think? Can you explain the level of hardness and qualifications I should have to pursue actuarial science? Thanks btw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aimi! Is there any way for me to contact you, because honestly I'm the not right person to give advise for you. but surely, I am not as smart as you think, I screwed up A LOT in maktab. :( Hope you are doing good there because I miss TGB a lot.

      Delete
  2. Idola lah awak ni... Ajr tips sikit macamana nak anc

    ReplyDelete
  3. Kak sarah, boleh tak share note mgt162,:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello! I'm sorry I don't think I have the notes anymore la, try cari module from senior, I gave mine to my friend. All the best to you! X

      Delete
  4. Macam mana kalau gagal test 1 MAT112? Apa yang akan jadi? Adakah akan mmpengaruhi GPA? Atau perlu buat yg baik lagi utk final exam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sorry for the late reply as I just noticed this. Kalau fail Test 1, usually akan effect dekat carry marks which means kena work harder for final exam. Possible to get A kalau assignments and tasks lain tinggi but to be safe, memang wajib all out for final exam. Stay safe and take care! X

      Delete
  5. sembang mcm cgpa , rupanya first sem , borak ape kau ni kak. sem lain kau tak update lak result barai ke haha . sok sok pandai bana kau

    ReplyDelete