Selamat Tinggal 2018
Terlalu banyak hal;
dan terlalu banyak perkara
yang mengajar aku dari segenap penjuru
meski dari sudut pelajaran,
mahupun persahabatan;
andai diringkaskan
ia bermaksud kehidupan.
Mungkin dulunya aku tidak melalui,
tapi Tuhan lebih tahu,
Dia aturkan sebaiknya,
pada fasa yang aku sudah bersedia
kerana Tuhan tahu,
aku kuat untuk menempuh
ujian yang mendatang.
Sungguh tidak mudah,
namun aku bangga,
bangga dek kerana aku bisa,
untuk lewati cerita;
yang sudah lama tertulis
buat aku sejak awalnya.
Tahun yang penuh seribu satu makna,
kini aku tinggalkan,
berlalulah engkau meninggalkan kesan,
serta kenangan,
kerana sejauh mana aku cuba untuk lupakan,
aku masih tidak boleh lari,
dari engkau yang kini membentuk aku,
menjadi seorang yang matang.
Tahun baru kini kian menjelma,
tak sabar untuk aku mulakan,
tanpa penuh rasa ragu,
aku melangkah,
untuk menyambut engkau,
si warsa baru.
aku melangkah,
untuk menyambut engkau,
si warsa baru.
Pengalaman yang diperoleh,
akan aku jadikan teladan sebaiknya;
agar aku mampu jadi lebih baik
dari sebelumnya.
0 comments